**WELCOME TO MY BLOG**ITS A BLOG ABOUT FOOD, FOOD, YUMMY, YUMMY FOOD**

Monday, August 7, 2017

CHICKEN NANDO



BAHAN-BAHAN:
  • 2kg ayam bahagian peha atau kepak
  • 240gm sos tomato
  • 240gm sos cili
  • 120gm gula
  • 2 sudu makan garam
  • 2 sudu makan serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan serbuk paprika (boleh letak lebih jika suka pedas)
  • 2 sudu makan bawang putih tumbuk (boleh letak lebih jika suka)
  • 120gm majerin
CARA-CARA:

  1.  Tumis hingga naik bau majerin dan bawang putih ke dalam periuk.
  2.  Masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, serbuk paprik, garam, dan gula letak atas api gunakan api perlahan.
  3.  Kacau sehingga mendidih.
  4.  Apabila sudah masak tutupkan api dan biarkan sejuk dahulu.
  5.  Setelah sejuk, gaulkan dengan ayam dalam 10 minit.
  6.  Tutup dengan plastik simpan dlm peti sejuk dan biarkan selama 1 malam.
  7.  Kemudian bakar dlm oven dgn suhu 180'C selama 1 jam. Selepas 30 minit pertama terbalikkan.

Credit to: 

Wednesday, August 2, 2017

CAKE BY HAPPY CALL WOK





BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh ovalette
  • 5 biji telur
  • Pewarna (ikut warna pilihan )

CARA MEMASAK:
1.    Pukul telur, gula kastor dan ovalette sampai kembang. ( pakai blender je pun boleh)
2.    Masukkan susu pekat dan esen vanilla.
3.    Masukkan minyak dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
4.    Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Kemudian warnakan dengan pewarna pilihan.
5.    Tuang adunan ke dalam pemanggang ajaib secara berselang-seli.
6.    Masak menggunakan api dapur yang paling kecil. Anggaran masa memasak adalah 40 minit.


Thanks to RASA

http://www.rasa.my/mobile/resipi-pilihan/kek-biskut/resipi-kek-minyak-pelangi-versi-pemanggang-ajaib-memang-mudah-1.712343

Popular Posts

FEEDJIT Live Traffic Feed

CHINESE FESTIVAL FOOD