CALLIE FOOD BLOG




**WELCOME TO MY BLOG**ITS A BLOG ABOUT FOOD, FOOD, YUMMY, YUMMY FOOD**

Mar 1, 2015

Kuih Sagu Kukus



Sumber Asal : Mama Kastam MyR
Resepi di olah : Che CT

Bahan-bahan
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk kukus. Balut tutup pengukus dengan tuala bersih.

2. Dalam periuk yang lain, jerangkan air yang dicampur pewarna merah sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan sagu biji dan kacau rata.

4. Selepas itu, masukkan pula gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "

5. Kukus adunan tersebut kedalam periuk kukusan selama 20 minit. 

Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam periuk tetapi apabila di kukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya.

6. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa, siap.

(CT masukkan dalam acuan kecil-kecil supaya senang dihidang, tak perlu dipotong-potong).

No comments:

Post a Comment